Wahai diri yang dianugerahkan rasa CINTA. biarku khabarkan. kerana cinta itu ANUGERAH Ilahi. Satu rasa yang sukar diterjemahkan. Senada pada warna hati. Andai putih hati nescaya putihlah cinta. hati berkata² tentang cinta. dimana juga insan yang bercerita tentang cinta. Walau di lorong² sunyi sepi. Di mana kedudukan sebenarnya cinta? Aku sendiri keliru. Meski panduannya ada pada CERMIN HATI. Biarku singkap erti cinta..
Cintailah ALLAH sepenuh hati. nescaya akan engkau temui CINTA SEBENAR yang dikau cari² selama ini. Disana ada ketenangan, kedamaian, keharmonian, kegembiraan dan pastinya TIADA lagi sesalan, derita dan air mata kecewa.
Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan. Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti retak dan terburai. Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Ilahi pasti ianya akan BERTAUT KEMBALI.
Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar² IKHLAS menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa di tempat yang hak. Dalam memburu cinta, manusia sering keliru. Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi²kan.
Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan, mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah. Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah, pasti tebaran wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa sahaja. Wangian yang MENDAMAIKAN hati yang keresahan dan kegersangan. wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang amat sukar diungkapkan dengan kata².
Andai mampu kusulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah. Betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang MENDAMBAKAN cinta-MU.
Tetapi hati ini meminta...
" Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung..
kurniakanlah aku seorang insan bertakwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhaan-MU. Kusedari ,tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cinta-MU tanpa dirinya yang akan mengajarkan aku tentang makna cinta sejati."
with deepest love,
pencintasetia