sejak beberapa hari ini, banyak aku lihat teman²ku KECEWA kerana cinta. kenapa? kenapa engkau sibuk menangisi cinta seorang lelaki yang belum tentu jadi suami mu? kenapa wahai sahabat? kenapa engkau biarkan AIR MATA mu mengalir kerana seorang lelaki? bukan kah lebih baik jika kau menangisi dosa²mu? menangisi betapa kerdilnya kita di sisi Allah? Cinta di dunia ini sementara cuma, tidak KEKAL.
Biarlah CINTA Ilahi melebihi segala²nya. Biarlah CINTA Ilahi yang mengeringi. Biarlah CINTA Ilahi yang pertama di hati kita.
Wahai pemilik nyawaku, jangan biarkan cintaku pada manusia MELEBIHI dari cintaku pada-Mu. Jika cinta itu membawa aku ALPA pada akhirat, jika cinta itu membuatku LUPA pada suruhan-Mu dan jika cinta itu MENJAUHKAN aku dari-Mu, aku mohon Ya Allah. JAUHILAH aku dari cinta itu. LINDUNGILAH hatiku dan imanku untuk mencintai-Mu dengan TULUS.
aku tetap TENANG menunggu janji-Mu, aku YAKIN dengan janji-Mu Ya Allah. dan aku PASTI dengan janji-Mu itu. Apa yang telah tertulis untuk ku, ku terima dengan hati yang ikhlas, INSYAALLAH. Sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui apa yang TERBAIK buat hamba-Mu.
Ya Allah, rezekikan lah aku CINTA kepada-Mu. CINTA kepada yang mencintai-Mu. dan CINTA kepada amalan yang boleh mendekatkan aku kepada CINTA-Mu. ameen~
saya sangatlah setuju dgn pendapat awak ni
ReplyDeletesesungguhnya cinta yg hakiki hanyalah cinta pada yg Esa
rebutlah cinta Ilahi dahulu.. pasti kebahagiaan jaminan-Nya.. insyaAllah. (:
ReplyDelete