Monday, November 15, 2010

Mencari Cinta




Wahai diri yang dianugerahkan rasa CINTA. biarku khabarkan. kerana cinta itu ANUGERAH Ilahi. Satu rasa yang sukar diterjemahkan. Senada pada warna hati. Andai putih hati nescaya putihlah cinta. hati berkata² tentang cinta. dimana juga insan yang bercerita tentang cinta. Walau di lorong² sunyi sepi. Di mana kedudukan sebenarnya cinta? Aku sendiri keliru. Meski panduannya ada pada CERMIN HATI. Biarku singkap erti cinta..

Cintailah ALLAH sepenuh hati. nescaya akan engkau temui CINTA SEBENAR yang dikau cari² selama ini. Disana ada ketenangan, kedamaian, keharmonian, kegembiraan dan pastinya TIADA lagi sesalan, derita dan air mata kecewa.

Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan. Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti retak dan terburai. Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Ilahi pasti ianya akan BERTAUT KEMBALI.

Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar² IKHLAS menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa  di tempat yang hak. Dalam memburu cinta, manusia sering keliru. Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi²kan. 

Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan, mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah. Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah, pasti tebaran wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa sahaja. Wangian  yang MENDAMAIKAN hati yang keresahan dan kegersangan. wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang amat sukar diungkapkan dengan kata². 

Andai mampu kusulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah. Betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang MENDAMBAKAN cinta-MU. 



Tetapi hati ini meminta... 

" Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung..
              kurniakanlah aku seorang insan bertakwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhaan-MU. Kusedari ,tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cinta-MU tanpa dirinya yang akan mengajarkan aku tentang makna cinta sejati."



with deepest love,
pencintasetia
 

Wednesday, November 10, 2010

Hatiku Milik-Nya

Alhamdulillah, tamat sudah FINAL EXAM ku sekaligus tamat jua semester 4 ku di sini. kejap je mase berlalu. rase macam baru je daftar masuk sini. masa tak tunggu siapa² pun. terserah pada kita bagaimana mahu memanfaatkannya.






sejak beberapa hari ini, banyak aku lihat teman²ku KECEWA kerana cinta. kenapa? kenapa engkau sibuk menangisi cinta seorang lelaki yang belum tentu jadi suami mu? kenapa wahai sahabat? kenapa engkau biarkan AIR MATA mu mengalir kerana seorang lelaki? bukan kah lebih baik jika kau menangisi dosa²mu? menangisi betapa kerdilnya kita di sisi Allah? Cinta di dunia ini sementara cuma, tidak KEKAL


Biarlah CINTA Ilahi melebihi segala²nya. Biarlah CINTA Ilahi yang mengeringi. Biarlah CINTA Ilahi yang pertama di hati kita. 


Wahai pemilik nyawaku, jangan biarkan cintaku pada manusia MELEBIHI dari cintaku pada-Mu. Jika cinta itu membawa aku ALPA pada akhirat, jika cinta itu membuatku LUPA pada suruhan-Mu dan jika cinta itu MENJAUHKAN aku dari-Mu, aku mohon Ya Allah. JAUHILAH aku dari cinta itu. LINDUNGILAH hatiku dan imanku untuk mencintai-Mu dengan TULUS.


aku tetap TENANG menunggu janji-Mu, aku YAKIN dengan janji-Mu Ya Allah. dan aku PASTI dengan janji-Mu itu. Apa yang telah tertulis untuk ku, ku terima dengan hati yang ikhlas, INSYAALLAH. Sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui apa yang TERBAIK buat hamba-Mu.



Ya Allah, rezekikan lah aku CINTA kepada-Mu. CINTA kepada yang mencintai-Mu. dan CINTA kepada amalan yang boleh mendekatkan aku kepada CINTA-Mu.  ameen~

Thursday, November 4, 2010

Terima Kasih, ibu ayah. (:

Alhamdulillah, 
dapat jugak jenguk kejap my blog ni even skang tengah busy dengan final exam. huhu. setelah penat otak ku memerah untuk menjawab paper math (calculus III for engineers) tadi, aku ambil sedikit masaku untuk update my post. even skang still sedih dengan paper tadi, tapi aku yakin semua ini ada hikmahnya. ALLAH lebih mengetahuinya.. (:


sedang aku duduk² di bilikku sambil mendengar lagu Terima Kasih Ibu Ayah by HIJJAZ teringat ku kepada kedua orang tuaku. aku rindu untuk menatap wajah mereka. Wajah yang menaikkan semangatku untuk terus berjaya, wajah yang sering menjadi sumber inspirasiku. 

teringat dulu masa kecik², aku memang budak yang NAKAL. hehe. memang nakal, degil. Alhamdulillah, kedua ibu bapaku telah mendidik ku dengan baik, ALHAMDULILLAH. dulu semua jenis rotan aku dah rase, hehe.. okay, memang super duper sakitnya. memang patut pun aku kena rotan sebab kedegilanku, tak dengar kata. tapi dengan ROTAN itu lah telah membentuk ku jadi yang lebih baik, jadi seorang umat islam yang tak lupa akan tanggungjawabnya. insyaAllah. (walaupun aku belum jadi yg terbaik).


teringat satu peristiwa aku kena rotan dengan ibuku, akibat LAMBAT mengerjakan solat asar. huhu, aku kuar bermain bersama temanku dan hampir pukul 6.40 pm baru aku pulang ke rumah. ketika itu umurku dalam lingkungan 10-11 tahun. sebaik sahaja aku bukak pintu rumah ibuku bertanya " dah solat asar belum? " aku pun menjawab dengan terkial² " err, belum lagi maa.." ibu pun cakap "ko tau tak dah pukul bape skang? , asar masuk pukul bape? tau taaaaak? " tak sempat aku membalasnye " piaaaaaaap! " hehe, ape lagi menangis tak berlagu laaah. sakit kott. memang patut pun kena rotan, sape suruh degil sangat. hehe. :P


dah banyak kali dah aku kena rotan dengan ibu dan ayah aku. huhu. sebab degil sangat. tapi alhamdulillah la, ibu dan ayahku telah MENDIDIK ku dengan baik. aku sangat bersyukur. kami 5 orang adik beradik di didik dengan baik, sama je semua. tanpa didikan yang sebegitu, mungkin aku tak tahu solat, tak kenal Al-Quran dan perkara² wajib lain yang di tuntut oleh ISLAM. terima kasih maa, ayah. TERIMA KASIH




ini lah maa dan ayahku yang ku sayangi.  (:


Ya ALLAH. kau ampunkan lah dosa kedua ibu bapaku Ya ALLAH. Kau ampunkanlah dosa kami. Kau panjangkan lah umur kedua ibu bapaku. Kau tunjukkan lah kami jalan yang benar, Kau tetapkan lah iman kami. semoga kami sentiasa berada di dalam keredhaan-Mu Ya ALLAH.  ameen~





Sunday, October 31, 2010

Bangkitlah wahai saudaraku!

Termenungku ke luar jendala, memandang langit yang luas terbentang. Ya Allah, begitu indah ciptaan-Mu. Sang mentari pula sayup² meninggalkan bumi, menyambung tugasnya. Azan maghrib berkumandang dari surau yg berdekatan dengan kediamanku, menandakan telah masuk waktu maghrib bagi kawasan Shah Alam dan yg sama waktu dengannya. 


Ku memerhati gelagat² manusia ketika ini. Sedang dalam pemerhatianku sekumpulan remaja lelaki dan perempuan di kedai makan duduk berborak sambil puntung rokok di jarinya, mengendahkan laungan seruan Ilahi itu. sedih, ya SEDIH. itu yang dapat menggambarkan fikiranku ketika itu. tidak kah engkau dengar laungan azan itu wahai saudaraku? kenapa kau masih bergelak ketawa seolah² dunia ini engkau yang punya? tiba² terdetik di hatiku, inikah umat yang di rindui Nabi Muhammad? 


bangkitlah wahai saudaraku, BANGKIT lah! perjuangkan lah ISLAM, agama yang BENAR.

Monday, October 25, 2010

Allah Lebih Mengetahui






 



Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH..

Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana
² lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..

Kerana ALLAH teramat mencintainya..

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana ALLAH utk menjaga kita?

ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita..

Jika ALLAH datang kan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali utk di jagaNya.. mengapa masih ragu
²?

Kekuatan usah di tunggu tapi harus di cari.. hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan..
Sebesar² dosa adalah dosa yang di lakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya..
 
 
 
 
 
sekadar renungan. rebut lah cinta Allah yang pasti kebahagiaan balasannya. (:



Friday, October 22, 2010

Wanita dan Sifatnya.

salam..

kali ini post aku special seket.. hee, sbb idea ni dtg 100% dr sahabat aku. selepas ber'ym' dengan die then mintak die kasi tazkirah sket. sooooo, ini lah hasilnye. 




Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya wanita itu umpama tulang rusuk, kiranya engkau berusaha membetulkan(dgr kasar), engkau menyebabkan ia patah, kiranya engkau membiarkan ia berkeadaan sedemikian, ia berterusan bengkok atau bertambah bengkok.. "

maksudnya : wanita secara fitrah dijadikan dalam keadaan banyak karenah berbanding lelaki manakala tindakannya pula banyak di pengaruhi oleh nafsu antara lainnya juga mengenai sudut fizikal mereka yang lemah lmbut, sopan santun dan pemalu. wanita seharusnya bijak mengawal emosi dan sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syarak.


errr, adoi asal takde idea pulak ni.. hee. marilah kita sama² merenungnya.. dan sesungguhnya syurga bagi seorang isteri adalah terletak pada suaminya. bersama berusaha menjadi isteri yang solehah. insyaAllah. ameen~  (:

Thursday, October 21, 2010

♥.W.A.N.I.T.A.♥



 

Wanita ibarat Epal.

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

 Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

  Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..  (:



ada kawan² aku yang tanya, kenapa ko nak stil single? even ade yg suka kat ko. tp ko wat taktau jerk ngan budak tu. tapi aku hanya mampu tersenyum je menjawab pertanyaan mereka. yep, aku hanya tersenyum tanpa membalas apa². dulu aku mungkin sedih, and my status on that time : i'm single but not available. tapi setelah itu baru aku sedar, rupanya Allah sayangkan aku, Allah pelihara aku dari cinta seorang lelaki. cinta yg hanya manis buat seketika and buat kita terleka. lantas hati yang menjadi mangsa. 

tapi di manakah aku ketika itu? mencari cinta yg tak pasti? cinta yg seketika cuma? sedarlah wahai diri, sesungguhnya cinta yg sejati itu adalah cinta yang kekal dan abadi. cinta yang tiada keraguan. tiada tipu muslihat. 

bila kerap di tanya oleh teman² ku, lantas aku menjawab. "... aku nak bercinta selepas kahwin, aku nak bercinta dengan suami aku. aku nak merasai nikmat cinta itu. cinta suamiku, yang pasti halalnya..." 


wallahualam. 

Wednesday, October 20, 2010

20102010

hello bloggers, and assalamualaikum  (:

alhamdulillah Ya Allah, alhamdulillah.. kerana aku masih di beri peluang untuk memohon keampunan-Mu Ya Allah. andai kata aku tidak lagi bernyawa, andai aku tidak lagi bernafas, andai aku tidak lagi berpijak pada bumi-Mu ini apa lah nasibku di sana nanti.. Ya Allah, bekalan ku masih tidak cukup lagi. berikan lah ku sedikit kesempatan lagi.
hayatilah lirik lagu ini Taubat Seorang Hamba by Irsyadee ft Hafiz Hamidun.




Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


P/S : kalau mahu dengar lagu ni, pegi ke music playlist sy (bait² keinsafan) at the bottom of my page. cari kat situ and click je kat tajuk lagu ni. (:  

alhamdulillah, pada 20102010 aku masih lagi bernafas dan aku bersyukur pada-Mu kerana memberi aku peluang untuk berpijak pada bumi ciptaan-Mu, Ilahi.









 

Peneman Sepiku

salam..
setelah sekian lama aku tidak menjengah laman persendirian aku nie and hari ini tergerak hati aku nak meng "make over" kan my blog. hehe. looks new right? bosan dgn blog yg sebelum ini then baru aku terpikir nak UP kan seket. well, not good as others but i will keep learning to make it look more cute and stay super duper cuteee someday. i wish i could do that. (:

okay, berbalik pada tujuanku yg sebenarnye. actually aku nak kongsi kat korang buku² yang bagi aku memang terbaik laaaah. seriously, best ! and maybe it can help us to get know what is exactly 'our Islam' had taught to us. skang ni aku dah jadi a bookworm and keep being a bookworm. eh, betol ke aku tulis ni? hee, tibai sudaaah~


1. ARMAGEDON 2012 by Muhammad Alexander.





okay, buku ni sangat best. dia datangkan kesedaran pada kita tentang dunia akhir zaman  ni. once you read this book, korang tak kan rase nak berhenti and keep, keep , and KEEP reading. hehe. percayalah, tapi itu kalo hobi korang baca buku lah.. :P 



kalo nak tahu lebih lanjut, kene lah beli buku ni.. tak mahal mana pun. murah je. tak silap RM31.90.(titiba leh tak sure lak harga betul dia.hee) kalo korang sanggup top up RM10 buleh kan? itu pun tak sampai seminggu tahan. hehe. pastu kena topup lagi.. so, why not kite as a muslim ni sesekali beli buku² ilmiah macam ni. bukan je korang dapat ilmu, tapi pahala jugaaak.. untuk bekalan kita di 'sana' nanti. InsyaAllah.



2. KUASA KEPIMPINAN MUHAMMAD AL-FATEH by Muhd Shaari Abd Rahman.

 
buku terbitan PTS Milennia di karang oleh penulis muda yg berbakat besar ini belum lagi diterbitkan dan insyaAllah akan ada di pasaran awal bulan November nanti.. so, aku tak sabar nak tunggu buku ini kuar. ini pun antara buku yg menarik perhatian aku.. akan ada la teman aku di kala aku kesunyian.. hee. buku
² ini laah teman sejatiku. (:


bertambah lah bilangan koleksi buku² ku ini.. semakin menghampiri impianku.(actually lambat lagi kott) hehehe.. awal bulan nanti aku akaaaan jadi org yg pertama serbu kedai buku berdekatan and cari buku ni!.. buleh ke? huhu. dah la time final tu. takpe² , this book will be mine. insyaAllah. ameen~

actually buku ni pun, sahabat aku yg rekemenkan.. and dia suh tolong belikan utk dia.. maklum la, buku ni just ada kat Malaysia je. nanti akan ku pos padamu wahai sahabat. tunggu ya!


erm, rasanya ini lah yg mampu aku coretkan pd kali ini..(eh, type laaah) hee. btw, mudah²an kite semua berada dalam keredhaan-Nya dan ingat lah wahai saudara seislamku, jangan biarkan nafsu menguasai kita. wallahualam.




 

Monday, October 11, 2010

Kelebihan Seorang Wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

bait² keinsafan